Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam kilang pembuatan peralatan perabot terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh dekat Kuala Lumpur, hari ini. Foto: Media sosial (Twitter aidifiq)

Enam kilang perabot terbakar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Enam kilang pembuatan peralatan perabot terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.48 petang dan tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian.

Beliau berkata ketika ini bomba sedang menjalankan kerja pemadaman api yang sedang marak di kilang berkenaan.

“Setakat ini kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi.

Wan Md Razali berkata anggota yang terlibat dalam operasi tersebut dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang dan BBP Damansara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan