KUCHING, 20 Ogos: Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik sebuah syarikat telah terjatuh ke dalam gaung di Jalan Samarakan, Bintulu pagi tadi akibat kemalangan kendiri.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.37 pagi, sejurus itu PGO Bomba mengarahkan pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.
Pacuan empat roda terbalik dalam parit di Jalan Bintangor-Sarikei, pemandu selamat
“Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, dua mangsa wanita telahpun berjaya keluar daripada kenderaan itu dengan bantuan orang awam dan dihantar ke Hospital Bintulu,” jelas kenyataan itu hari ini.
Sebagai tindakan susulan, pihak BBP Bintulu melakukan pemantauan susulan bagi memastikan tiada mangsa lain di lokasi dan keadaan selamat. – TVS