Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelayan dan peralatan lain yang dirampas sebagai bahan bukti kecurian elektrik. Foto: SEB

SEB rugi RM8,000 sebulan akibat lombong kripto di Miri

KUCHING, 20 Ogos: Sarawak Energy Berhad (SEB) mengalami kerugian lebih RM8,000 sebulan akibat penggunaan elektrik tidak direkodkan di sebuah rumah berkembar dua tingkat yang tidak berpenghuni di Pujut, Miri, baru-baru ini.

Menurut kenyataan SEB semalam, operasi bersama yang melibatkan Syarikat SESCO Berhad dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak itu dibuat berikutan maklumat yang diterima daripada orang awam.

“Pihak SESCO dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menemui sejumlah 40 pelayan perlombongan mata wang kripto dan kabel penoreh langsung di premis itu. Kesemua mesin kripto dan peralatan telah dirampas dan laporan polis telah dibuat,” jelas kenyataan itu.

Pasukan operasi memotong siling di mana kabel penoreh langsung disembunyikan. Foto: SEB

SEB memberitahu, pada tahun ini sahaja, lebih daripada 20 pengusaha didapati terlibat dalam kecurian elektrik, dengan 12 daripada mereka berjaya dibawa ke mahkamah.

Menurut kenyataan itu lagi, perlombongan mata wang kripto menggunakan jumlah elektrik yang tinggi kerana operasinya yang berterusan.

Lagi lombong kripto di Sibu digempur polis

Jelasnya lagi, untuk mengurangkan kos operasi yang tinggi, pelombong kripto sering menggunakan pemasangan bukan standard yang boleh membebankan sistem elektrik.

Pihak SEB berkata, hal ini menimbulkan peningkatan risiko litar pintas, kerosakan perkakas, kebakaran dan potensi kehilangan nyawa.

Kecurian elektrik adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai digalakkan untuk melaporkan aktiviti kecurian elektrik dengan menghubungi Sarawak Energy di 1300-88-3111 atau e-mel customercare@sarawakenergy.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan