Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa berucap di Majlis Perasmian Bangunan Baharu Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Pemilik tanah NCR perlu libatkan diri dalam perdagangan karbon

BySteward Dawi

KUCHING, 19 Ogos: Pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) komuniti Dayak perlu mengambil peluang melibatkan diri dalam inisiatif perdagangan karbon yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, banyak kawasan tanah NCR tidak dibangunkan secara komersial, sekali gus tidak menghasilkan pendapatan kepada pemilik.

“Kita di Sarawak bertuah kerana Premier telah memperkenalkan ekonomi baharu, salah satu ialah perdagangan karbon.

“Saya telah berbincang dengan Sarawak Forestry Corporation (SCR) dan telah mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk mengambil bahagian di dalam perdagangan karbon ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Bangunan Baharu Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) yang disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini

Jelas Uggah yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF), pihaknya mahu teribat sama dalam menjayakan hasrat berkenaan.

Tambahnya, DCF telah meneroka mengenai potensi ekonomi baharu yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup komuniti Dayak di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan