Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para pelajar yang menyertai jerayawara Project of Dream Realized 2023 di Lawas, hari ini. Foto: TVS

Galak dan sokong anak-anak ceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik

LAWAS, 18 Ogos: Ibu bapa dan masyarakat perlu menggalakkan dan memberi sokongan kepada anak-anak untuk melanjutkan pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, penguasaan bidang STEM akan membolehkan Sarawak mampu bersaing dengan negara maju serta melonjak ke tahap yang lebih baik.

Kata Paulus lagi, bidang STEM memberi banyak peluang pekerjaan pada masa hadapan khususnya menyokong pembangunan Sarawak di kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang bakal merancakkan lagi ekonomi digital dan ekonomi baharu.

“Kita memerlukan belia yang mahir dalam Internet Pelbagai Benda (loT), pengaturcaraan dan pengekodan, keselamatan siber, selain daripada pasaran digital dan e-perniagaan.

“Manakala dalam ekonomi baharu seperti hidrogen, bahan api daripada alga dan banyak lagi, ini memerlukan ramai pakar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan,” katanya pada perasmian Project of Dream Realized (PRO-DR) Roadshow 2023 di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, wakil Ahli Parlimen Lawas merangkap Exco Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Steve Lius, Pegawai Pendidikan Daerah Lawas, Sawal Pandin dan Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning, Fredick Kevin Buseli.

Kata Paulus lagi, kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai inisiatif sama ada dalam pendidikan, teknologi, keusahawanan, sukan dan banyak lagi untuk membangunkan belia di Sarawak.

“Melalui inisiatif ini, belia Sarawak akan menjadi belia yang dinamik, berkemahiran dan berdaya saing dalam era inovasi digital ini,” ujarnya.

PRO-DR di Lawas adalah destinasi terakhir anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak(TEGAS) yang bermula daripada Lundu, Padawan, Serian, Saratok, Bintangor, Kapit, Tanjung Manis, Semop, Mukah, Bintulu dan Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan