Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kotak perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam di Selangor pada Khamis lepas, telah dihantar ke sebuah makmal di Singapura. Foto: Bernama

Biro Siasatan Kemalangan Udara giat cari kotak hitam pesawat

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan sedang mengesan kotak hitam pesawat Beechcraft Model 390 yang terhempas berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, BSKU telah diaktifkan dan dikerah kepada lokasi nahas untuk menjalankan siasatan.

Agong cemar duli, tinjau lokasi nahas pesawat terhempas

“Pencarian kotak hitam merupakan misi utama pasukan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang hari ini.

Pesawat yang membawa enam penumpang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang menuju ke LTSAAS.

Agong cemar duli, tinjau lokasi nahas pesawat terhempas

Pesawat disahkan terhempas pukul 2.40 petang tadi.

Sementara itu Anthony berkata, dua juruterbang dikenali sebagai Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim manakala lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali turut maut. 

Agong cemar duli, tinjau lokasi nahas pesawat terhempas

“Identiti dua lagi orang awam yang terlibat dalam tragedi itu akan disahkan melalui siasatan polis,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan