Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita Orang Ulu berlatih skil tenunan beg pada Program Kraftangan di Jalan Lusut Jaya Miri pada hari ini. Foto: TVS

Produk dihasil wanita Orang Ulu dipromosi secara meluas

MIRI, 17 Ogos: BizFund Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) akan menganjurkan pameran bagi memperkenalkan produk dihasilkan wanita Orang Ulu di Sarawak dengan lebih meluas.

Pengerusinya, Anne Kung berkata, kesemua usahawan yang akan terlibat dalam inisiatif itu bernaug di bawah Dewan Perniagaan dan Perindustrian Orang Ulu (OUCCI).

Kata beliau, ini merupakan langkah permulaan untuk memasarkan produk sehingga ke peringkat antarabangsa.

“SBF juga akan membantu mereka menubuhkan koperasi bagi memudahkan pemasaran.

“Oleh itu kesemua produk mereka akan dimasukkan ke dalam katalog dan seterusnya dapat dijual menerusi e-dagang bagi mencapai pasaran lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Program Kraftangan di Jalan Lusut Jaya Miri di sini hari ini.

Langkah seterusnya untuk mempromosikan produk dihasilkan wanita Orang Ulu katanya juga akan dipertingkatkan.

“Pada September ini, kami akan membawa mereka sertai pameran antarabangsa di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.

Selain itu katanya produk kraf tangan wanita Orang Ulu juga akan dipamerkan pada Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) 2023 dan Enterpeuner Of The Year Award 2023 yang akan berlangsung pada Oktober dan Disember ini.

“Lebih istimewa, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga dijadual hadir pada acara itu yang turut mendapat kerjasama Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI),” katanya.

Program Kraftangan di bawah OUCCI ditaja oleh BizFund SBF bertujuan melatih wanita Orang Ulu untuk bergiat lebih aktif dalam bidang perniagaan.

Setakat ini, 20 wanita Orang Ulu diberi latihan di Miri, 35 wanita di Sungai Asap dan 30 wanita di Tubau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan