Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Envato

Seorang lagi ahli politik Ecuador maut ditembak menjelang pilihan raya

ByBernama

BUENOS AIRES, 16 Ogos: Kurang seminggu sejak calon presiden Ecuador, Fernando Villavicencio ditembak mati ketika berkempen di Quito, seorang lagi ahli politik menerima nasib yang sama di barat laut negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pedro Briones dari parti Revolución Ciudadana (Revolusi Sivik) ditembak mati pada Isnin di bandar pantai Esmeraldas.

“Ecuador sedang berdepan zaman paling berdarah dalam sejarah. Kerajaan yang tidak cekap telah diambil alih oleh mafia,” menurut hantaran calon presiden parti Luisa González di platform X (Twitter).

“Tanda solidariti saya ditujukan kepada keluarga Komrad Pedro Briones, mangsa keganasan. Perubahan amat diperlukan,” tambah González.

Rabu lalu, calon pembangkang Villavicencio ditembak mati selepas berkempen bagi pilihan raya di Quito. Kerajaan menyalahkan organisasi jenayah terancang.

Villavicencio sebelum ini mengumumkan tindakan keras terhadap rasuah dan jenayah.

Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, datuk bandar pelabuhan Manta dan calon untuk kerusi di Dewan Negara di Esmeraldas juga ditembak mati.

Rakyat Ecuador akan memilih presiden baharu pada Ahad.

Presiden konservatif Guillermo Lasso membubarkan Dewan Negara di tengah-tengah prosiding pemecatan terhadapnya kerana dakwaan penyelewengan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan