Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah vesel kargo ditahan Maritim susulan gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri semasa diperiksa. Foto: Maritim

Vesel kargo ditahan gagal pamer dokumen semasa diperiksa

ByDayu Adruce

KUCHING, 16 Ogos: Sebuah vesel kargo ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) susulan gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) yang sah semasa diperiksa, pada jarak lebih kurang 1.9 batu nautika Timur Laut Tanjung Muara Tebas Isnin lalu. 

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, selain kesalahan gagal mengemukakan DSL, vesel terbabit turut disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan yang sama kerana gagal mempamerkan dokumen pertukaran nakhoda kapal di dalam Sijil Pendaftaran Malaysia ketika diperiksa. 

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan lanjut mendapati, vesel kargo berkenaan dikendalikan oleh 14 kru termasuk nakhoda terdiri daripada seorang warga tempatan, tiga warga India dan 10 warga Indonesia yang kesemuanya berumur lingkungan 21 hingga 68 tahun,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Menurutnya lagi, kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri ketika diperiksa. 

Vesel dan kru diiring ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Muara Tebas untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. 

“Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut,” ujarnya. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan