Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Daro, Safiee Ahmad mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk Pesta Daro di Daro, semalam. Foto: UKAS.

Pesta Daro kembali 25 Ogos hingga 3 September

DARO, 16 Ogos: Pelbagai program menarik akan diadakan sempena penganjuran Pesta Daro 2023 selama 10 hari, bermula 25 Ogos hingga 3 September ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, pesta kali ini terbahagi kepada sembilan kategori yang keseluruhannya meliputi 39 acara dengan melibatkan penyertaan pelbagai peringkat masyarakat.

Antaranya termasuklah pameran gerai komuniti, seni dan budaya, pelancongan dan pendidikan, pembangunan usahawan, sukan dan riadah, pembangunan ekonomi, pentas rakyat, agensi bersama rakyat, pemimpin bersama rakyat dan lain-lain lagi.

“Kita menjangkakan kehadiran sekitar 95,000 orang pengunjung sepanjang pelaksanaannya, malah pengisian pada kali ini juga lebih menarik,” katanya ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pesta itu, di sini, semalam.

Sejak penganjurannya, Pesta Daro sering mendapat sambutan hangat dan disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak, sebagai satu acara pelancongan tahunan di negeri ini.

Sehubungan itu kata Safiee, pesta kali ini turut menyediakan peluang ekonomi melalui pembukaan sebanyak 145 gerai jualan untuk peniaga mempromosi dan menjual produk masing-masing.

“Saya mempelawa kehadiran orang ramai untuk memeriahkan lagi temasya ini nanti. Orang ramai juga boleh menikmati program menarik dan menghiburkan termasuklah membeli-belah.

“Lebih menggembirakan apabila majlis perasmiannya dijangka akan disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 3 September 2023,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan