Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil UNICEF ke Malaysia, Robert Gass ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini. Foto: Raffiq (TVS)

UNICEF kunjungi Premier Sarawak, berhasrat kaji kos besarkan anak istimewa

BySheera Abang Mansor

KUCHING, 15 Ogos: United Nations Children’s Fund (UNICEF) berhasrat untuk melakukan kajian kos bagi membesarkan kanak-kanak dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) di Sarawak.

Perkara itu telah disuarakan wakil UNICEF ke Malaysia, Robert Gass ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

UNICEF berhasrat kaji kos besarkan anak istimewa di Sarawak | TVS

“Kajian ini adalah untuk mengenal pasti kos tambahan untuk membesarkan kanak-kanak kurang upaya dan untuk memahami bagaimana ia memberi kesan kepada kewangan keluarga dan dapat memberikan sokongan untuk itu,” katanya.

Dalam pada itu, Robert juga menyatakan sokongan organisasi tersebut terhadap fokus Kerajaan Sarawak untuk melakukan pelaburan dalam perkembangan awal kanak-kanak, menyediakan keselamatan dan sokongan untuk penduduk yang semakin tua serta menyediakan kemudahan kemajuan transformasi digital dalam pendidikan awal kanak-kanak.

“Kami di UNICEF memberikan tumpuan dalam STEM, iaitu dalam Sains, Kejuruteraan Teknologi dan Matematik.

“Kami ingin memastikan ia boleh diakses oleh semua supaya ia boleh diakses oleh mereka yang tinggal di komuniti luar bandar, mereka yang dalam golongan b40, mereka yang mungkin menghadapi kecacatan dan mungkin tidak dapat mengakses pendidikan dengan cara biasa,” ujarnya.

Tambah Robert lagi, UNICEF juga bekerjasama dengan lima majlis perbandaran di Sarawak bagi menjayakan inisiatif ‘Bandar Mesra Kanak-kanak’.

Menurutnya, inisiatif ini merupakan pendekatan Kerajaan Sarawak untuk mengutamakan hak kanak-kanak dari segi menyediakan belanjawan serta peruntukan sama ada untuk tujuan pendidikan, pemakanan, kesihatan dan pelbagai bidang yang berbeza.

“Kami sangat berharap untuk menyokong usaha Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak dalam memajukan agenda ini,” jelasnya.

UNICEF  memilih Sarawak berikutan negeri ini merupakan perintis kepada usaha memajukan hak asasi kanak-kanak selaras dengan tiga tonggak Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menumpukan kepada kemakmuran ekonomi, rangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan