Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto: Mohamed Raffiq (TVS).

Ubah haluan teraju industri perkayuan Sarawak agar bernilai tambah tinggi – Awang Tengah

ByAmirah Shawel

KUCHING, 15 Ogos: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyeru pemain industri perkayuan negeri ini untuk mengubah haluan dalam menerajui sektor berkenaan kepada industri yang memberi nilai tambah yang tinggi.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II berkata penggiat swasta perlu melaksanakan pembaharuan dalam mengoperasi industri berkenaan dengan memanfaatkan teknologi baharu.

“Anda perlu memperkakas semula kaedah pengoperasian kerana ini bukan lagi business as usual.

“Kita tidak akan bergantung kepada eksport kayu balak dan perlu menuju ke arah industri memberi nilai tambah yang tinggi,” kata beliau pada Makan Malam Jubli Emas ke-50 PUSAKA di BCCK, pada Isnin.

Beliau menegaskan bahawa itu antara usaha untuk mengekalkan industri perkayuan dan memastikan sektor itu kekal relevan di masa hadapan.

Oleh itu, menurut beliau syarikat swasta perlu melibatkan diri secara aktif dalam membangun dan memajukan industri berkenaan.

“Saya mahu sektor swasta dalam industri perkayuan untuk terus memainkan peranan penting dalam membangunkan industri perkayuan,” ujar beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan