Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar menunjukkan polis Thailand menahan sembilan warga asing termasuk dua rakyat Malaysia, dalam satu pesta dadah di sebuah rumah mewah di daerah Saphan Sung, Bangkok. Foto: Bangkok Post

Dua rakyat Malaysia antara sembilan ditahan dalam pesta dadah di Bangkok

ByBernama

BANGKOK, 13 Ogos: Polis Thailand menahan sembilan warga asing termasuk dua rakyat Malaysia, dalam satu pesta dadah di sebuah rumah mewah di daerah Saphan Sung, Bangkok.

Menurut Bangkok Post, lima lagi suspek merupakan warga China (tiga lelaki dan dua wanita), seorang lelaki Vietnam dan seorang lelaki dari Myanmar turut ditahan dalam serbuan pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bang Chan, Pol Kol Siwat Sriwichai berkata, polis melakukan serbuan ke atas kediaman mewah itu selepas menerima aduan daripada penduduk.

“Polis menemui ketamin dalam dulang buah-buahan, 24 tablet Erimin 5 (Nimetazepam), dan sepucuk pistol berisi lapan butir peluru,” katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Kesemua suspek didakwa bersubahat memiliki dadah Kategori 2, senjata, dan peluru. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan