Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing pada Majlis Penangguhan Safari Memancing Tanjung Manis 2023, Tanjung Manis, hari ini. Foto: TVS

Sarawak bakal bina hotel baharu di Belawai

ByAhmad Burhanuddin

TANJUNG MANIS, 13 Ogos: Kerajaan Sarawak bakal membina sebuah hotel baharu bertaraf tiga bintang di Daeeah Kecil Belawai, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, pembinaan hotel tersebut merupakan usaha kerajaan bagi menarik pelancong terutamanya luar negara untuk datang ke kawasan itu.

“Lokasi (hotel yang bakal dibina) tidak jauh dari Tanjung Manis ini.

Kerajaan bakal bina hotel baharu di Belawai – Premier Sarawak

“(Selepas siap kelak) akan memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar termasuk Kampung Jerijih dan Kampung Belawai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Safari Memancing Tanjung Manis 2023, Edisi ke-17 bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, sebuah padang golf juga akan dibina di kawasan ini yang boleh dijadikan sebagai aktiviti baharu selain memancing.

“Kedua-dua projek ini iaitu pembinaan hotel sudah pun dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya.

Sementara itu Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak juga merancang untuk membangunkan prasarana lain di kawasan ini.

Terdahulu, Abang Johari menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing bagi kategori laut dalam, iaitu Dato Mohd Naroden Majais bersama pasukannya yang berjaya menangkap ikan tenggiri seberat 8.6 kilogram (kg).

Bagi kategori persisiran pantai pula, Adillah Ali yang berjaya menangkap ikan pari seberat 28.4 kg muncul juara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan