Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran yang melibatkan beberapa kontena di atas kapal kargo yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang, awal pagi tadi. Foto: Ihsan Bomba Selangor

Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya

ByBernama

SHAH ALAM, 13 Ogos: Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dekat sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 pagi, dan api berjaya dipadam dengan bantuan dari Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Katanya kebakaran kontena di kapal KMTC Shenzhen itu berlaku di kawasan kira-kira enam batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong, dan ia berjaya dikawal pada pukul 3.30 pagi.

”Pada  7.20 pagi, pemerhatian dilakukan pada dua buah kontena yang didapati masih berasap dan satu kontena resin mengalami kebocoran.

”Tindakan pemadaman dilakukan secara direct attack pada dua kontena yang masih berasap, dan menampal kontena resin yang bocor itu,” katanya dan menambah tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan