Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM15 juta bagi menyokong, memperkasa serta memantapkan lagi Program Bantuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah. Foto: BERNAMA

Kerajaan Sabah salur RM15 juta bantu perkasa IKS

ByBernama

TAWAU, 13 Ogos: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM15 juta bagi menyokong, memperkasa serta memantapkan lagi Program Bantuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata selain itu RM6.17 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan bagi mempergiatkan promosi produk Sabah, serta RM7.1 juta kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) bagi meneruskan usaha menyedia dan membangunkan premis perniagaan, kedai-kedai sosio-ekonomi termasuk penganjuran program keusahawanan tahun ini.

“Justeru itu saya mahu usahawan merebut peluang yang disediakan kerajaan, di samping meningkatkan ilmu dan kemahiran agar produk mereka mampu bersaing hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan pada majlis perasmian Karnival Keusahawanan dan Kerjaya (SabahFEC) 2023 Zon Pantai Timur di sini malam tadi.

Karnival SabahFEC itu dianjurkan oleh Exco Wanita Biro Keusahawanan Wanita Negeri Gagasan Rakyat dengan kerjasama Persatuan Double A Martial Arts Tawau.

“SabahFEC merupakan platform terbaik untuk pencari kerja dan usahawan memanfaatkan kemudahan sekali gus memperkasa ekonomi diri, antaranya mendapatkan maklumat bantuan geran dana usahawan, khidmat pengurusan kewangan termasuk peluang kerjaya,” kata Hajiji.

Katanya beliau mahukan supaya pelaksanaan SabahFEC diperluskan ke zon-zon lain di Sabah, agar lebih ramai rakyat mendapat manfaatnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan