Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menara Eiffel terpaksa dikosongkan beberapa jam untuk pemeriksaan oleh pakar pemusnah bom dan polis. Foto AFP.

Amaran bom palsu di Menara Eiffel cetus panik

ByAFP

PARIS, 13 Ogos: Arahan pengosongan dikeluarkan di Menara Eiffel selepas menerima amaran bom yang telah mencetuskan panik terutama dalam kalangan pelawat semalam.

Badan yang bertanggungjawab menyelia menara itu, Société d’Exploitation de la Tour Eiffel (SETE) memaklumkan, menara ikonik itu terpaksa dikosongkan selama beberapa jam untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan oleh pakar pemusnah bom dan polis.

“Ia adalah prosedur biasa dalam situasi ini yang jarang berlaku.

“Pemeriksaan turut melibatkan sebuah restoran di menara tersebut,” jelas jurucakap SETE.

Amaran ditarik balik beberapa jam kemudian dan disahkan sebagai palsu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan