Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peti-peti undi telah mula tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi DUN N24 Jeneri di Dewan SMKA Sik sempena Pilihan Raya Negeri di Kedah, hari ini. Foto Bernama.

PRN Kedah, PN perolehi majoriti dua pertiga bentuk kerajaan

ALOR SETAR, 12 Ogos: Perikatan Nasional (PN) memperoleh majoriti lebih dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Berdasarkan data rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PN menguasai 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) mendapat tiga kerusi iaitu di DUN Kota Darul Aman, Sidam dan Bakar Arang.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara rasmi turut mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang disandangnya.

Pengerusi PN Kedah dari Pas itu menang bergaya dengan majoriti 16,050 undi selepas memperoleh 21,823 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang mendapat 5,773 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Muhammad Sanusi memenangi kerusi itu dengan majoriti undi 2,455, menewaskan dua calon lain iaitu Mahadzir Abdul Hamid (BN) dan Mohd Nazri Abu Jassan (PH).

Kedudukan DUN Kedah sebelum dibubarkan menyaksikan PN memiliki 20 kerusi menerusi Pas dan Bersatu, PH (10 kerusi), BN (dua kerusi) dan Parti Pejuang Tanah Air (dua kerusi). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan