KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan menyaksikan Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan pentadbiran Negeri Che Siti Wan Kembang.
Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), gabungan Pas, Bersatu dan Gerakan menang 43 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Pakatan Harapan (PN) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Kota Lama. -TVS