Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow diumumkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sri Pinang di sini hari ini. Foto TVS

PRN: Ketua Menteri Pulau Pinang pertahan DUN Padang Kota

GEORGE TOWN, 12 Ogos: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menepati ramalan bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota bagi penggal keempat berturut-turut dengan majoriti 7,116 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Menurut keputusan rasmi, Kon Yeow dari Pakatan Harapan (PH) memperolehi 8,261 undi meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), H’ng Khoon Leng yang hanya mendapat 1,145 undi.

Ahli Parlimen Batu Kawan berusia 65 tahun itu merupakan penyandang kerusi DUN Padang Kota sejak 2008.

Kon Yeow dinamakan sebagai calon Ketua Menteri bagi penggal kedua jika gabungan PH – Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Kon Yeow mendapat 9,278 undi dengan majoriti 7,808 undi meninggalkan Khoon Leng dari Gerakan (1,470 undi) dan calon Parti Bersama Malaysia, Goh Saik Wei (71 undi). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan