Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkara melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dijadikan sebahagian sukatan pelajaran kebangsaan, kata Datuk Sharidah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada Borneo dimuktamadkan dalam setahun

PAPAR, 12 Ogos: Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah bersetuju menetapkan tempoh satu tahun untuk memuktamadkan formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada kerajaan negeri di Borneo seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Anggota Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Datuk Ewon Benedick berkata perbincangan dalam Kabinet telah memperakukan beberapa pelaksanaan MA63 serta perbincangan susulan bagi memuktamadkan perkara lain yang berkaitan.

“Antaranya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dilantik sebagai Ahli Lembaga dan seterusnya mempunyai akses kepada jenis-jenis hasil Persekutuan dan jumlah pungutan hasil daripada Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan ulang tahun Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) ke-29 di Dewan Kampung Biau di sini hari ini.

RUU berkenaan dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 8 Jun lepas dan bacaan kali kedua yang sepatutnya diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Jun ditangguhkan ke persidangan akan datang.

Ahli Parlimen Penampang itu berkata satu warta baharu juga yang akan dikeluarkan tahun ini berhubung pemberian khas kepada Sabah yang akan membatalkan warta tahun lepas. 

“Saya menggalas amanah dan tanggungjawab ini sebagai anggota Kabinet kerajaan Perpaduan, sebagai Presiden UPKO dan sebagai wakil rakyat dari Sabah.

“Saya mengambil bahagian dalam perundingan dan perbincangan sesuai dengan perjuangan selama ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan