Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Negara Malaysia. Foto Bernama.

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Ogos; Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Pada minggu yang baru berakhir, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender repo berbalik dan tender Qard.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional untuk minggu ini meningkat kepada RM38.20 bilion daripada RM35.17 bilion minggu sebelumnya.

Sebaliknya dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai berkurangan menjadi RM18.50 bilion daripada RM23.60 bilion sebelumnya.

Setakat 10 Ogos, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus.

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan