Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap pada Majlis Perasmian dan Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) 2023 malam tadi. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Skim perkhidmatan penjawat awam negeri bakal diperkenalkan – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 12 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa kerajaan negeri bakal memperkenalkan skim perkhidmatan penjawat awam sendiri.

Menurut beliau Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki kini sedang menjalankan kajian terperinci berhubung perkara berkenaan.

“Mungkin nanti kita (Sarawak) akan ada skim perkhidmatan sendiri untuk penjawat awam di Sarawak. Malah saya telah arahkan Setiausaha Kerajaan Sarawak buat kajian.

“Jika simpanan kita cukup dalam Dana Kekayaan Berdaulat, ini akan memberi pulangan kepada Sarawak, dan kita kemudian tidak terikat dengan dana daripada pencen sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) 2023, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Datu Abdullah Julaihi.

Terdahulu pada Februari, Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru telah mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak kini sedang menjalankan kajian untuk mencari jalan bagi mewujudkan skim gaji bagi penjawat awam negeri.

Hasrat beliau agar pendapatan penjawat awam bertepatan serta seimbang dengan pengurusan di Sarawak.

Beliau dalam pada itu mengakui bahawa berikuatn gaji yang diterima oleh penjawat awam ketika ini sudah tidak relevan dan tidak sealiran dengan pengurusan perkhidmatan di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan