Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ang peniaga wanita di Taman Rasi Jaya di sini berputih mata apabila wang lebih RM6.2 juta lesap selepas dipercayai ditipu pelaburan emas tidak wujud semalam. Foto hiasan, Envato.

Pelajar IPT rugi hampir RM10,000 terjerat ‘Phone Scam’ di Sibu

SIBU, 11 Ogos: Seorang pelajar instutisi pengajian tempatan di sini berputih mata selepas kerugian RM9,290 akibat ditipu sindiket  ‘Phone Scam’ yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran dan pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisoner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, terdahulu pengadu yang seorang lelaki berusia 20-an menerima panggilan daripada seorang individu daripada sebuah syarikat penghantaran J & T memaklumkan terdapat bungkusan atas namanya mengandungi barang terlarang pada 6 Ogos lalu.

“Belum sempat pengadu menjawab, panggilan itu terus disambung kepada seorang lelaki yang kononnya seorang pegawai polis meminta mangsa memberikan maklumat peribadi bagi tujuan semakan.

“Suspek memberitahu semakan yang dibuat mendapati pengadu terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram dan disebabkan terlalu panik dan bimbang mangsa hanya menurut arahan suspek,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah membuat sebanyak empat transaksi pemindahan wang dari tempoh 6 hingga 10 Ogos ini berjumlah RM9,290 ke tiga akaun bank tempatan yang tidak dikenal pasti.

“Mangsa bagaimanapun mula curiga dan menyedari dirinya telah diperdayakan oleh suspek apabila diminta untuk melaporkan diri melalui aplikasi Whatsapp setiap empat jam dan mendapati panggilan telefon telah disekat oleh suspek,” jelasnya.

Berikutan itu, mangsa tampil membuat laporan polis pada Jumaat (hari ini) dan kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan keranan menipu.

Sehubungan itu, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak panik serta jangan mengikut arahan yang diberikan pemanggil tanpa terlebih dahulu membuat semakan dengan pihak polis atau institusi kewangan berkaitan.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM. Semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui juga boleh dibuat melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/\\ -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan