Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi terkenal Korea Selatan, Taeyang akan membuat persembahan sempena Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2023 di Kuching pada Oktober depan. Foto AFP.

Taeyang bakal gegarkan Stadium Negeri Sarawak sempena BSMF 2023

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Ogos: Beberapa bintang K-pop terkenal termasuk Taeyang dari kumpulan Big Bang akan menggegarkan Stadium Negeri Sarawak sempena Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2023.

Selain itu barisan artis Korea Selatan lain yang akan turut tampil pada acara itu termasuklah CL dari kumpulan 2NE1, Hyo (Girls Generation) dan Suho daripada kumpulan EXO.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, BSMF 2023 yang merupakan acara muzik terbesar di Borneo akan berlangsung selama dua hari bermula 6 Oktober.

“Selain itu deejay serta rapper terkenal dari Australia, Havana Brown juga akan turut serta.

“Penyanyi tempatan yang akan membuat persembahan termasuk Ning Baizura,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Festival muzik berkenaan ujar Abdul Karim akan turut menerbangkan pemenang Anugerah Grammy yang juga rapper dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop.

Sementara itu, Pengarah Urusan BME International Sdn Bhd yang merupakan penganjur BSMF 2023, Steven Au menyasarkan seramai 30,000 pengunjung akan membanjiri Stadium Negeri Sarawak bagi menghadiri festival muzik tersebut.

Tiket boleh didapati di laman sesawang rasmi BSMF 2023 di pautan www.borneosonic.com dengan harga bermula RM488 hingga RM1,088, bermula 18 Ogos ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan