Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelbagai acara menarik akan turut dilansungkan sempena penganjuran Pasar Terapung Asian Lawas 2023 bermula esok. Foto: Adeng Idrus

Pasar Terapung ASEAN Lawas 2023 promosi PKS tempatan

LAWAS, 10 Ogos: Penganjuran Pasar Terapung ASEAN Lawas 2023 yang bermula esok diyakini mampu untuk mempromosikan kawasan ini sebagai destinasi perniagaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di utara Sarawak.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Ba’Kelalan, Steve Lius berkata, program ini juga bakal menjadi satu tarikan baharu di Lawas. 

Beliau berkata, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Ba’Kelalan, Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Ba’kelalan dan Belia Aktif Lawas (BLX) turut serta dalam pertunjukan rakit berhias yang dianjurkan sempena program itu. 

Peniaga gembira jualan Festival Pasar Terapung ASEAN Lawas laris

“Ini merupakan peluang kepada belia di sini untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka sambil membina keyakinan diri serta mengukuhkan semangat berpasukan.

“Bagi saya, ini merupakan acara yang sesuai untuk mempromosi pengusaha produk tempatan di Lawas dan Ba’Kelalan,” katanya kepada media di sini hari ini.

Turut bakal dilangsungkan ialah pameran kraf tangan selain jualan oleh penjaja termasuk dari Brunei, Indonesia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Aktiviti jualan di dalam perahu pula diadakan berhampiran Tebingan Sungai Lawas selain acara lumba bot kawalan jauh, tarik tali perahu dan pertandingan menjala.

Pada sebelah malam penganjur menyajikan acara kebudayaan yang menampilkan artis tempatan dan jemputan dari Sabah.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan acara ini yang bermula esok hingga 13 Ogos. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan