Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota BBP Lawas berhempas pulas memadam kebakaran belukar di Kampung Melusok, Jalan Punang Lawas. Foto: BBP Lawas

Bomba berjaya padam kebakaran belukar lima ekar di Lawas

LAWAS, 10 Ogos: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berjaya memadam kebakaran belukar seluas lima ekar berhampiran Kampung Melusok, Jalan Punang, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Penolong Penguasa Bomba Azman Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.37 petang.

Menurut beliau, ketika anggota BBP Lawas tiba di lokasi, api sedang marak.

“Seramai 10 anggota bersama empat kenderaan bomba terlibat dalam operasi berkenaan dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya kepada media hari ini.

Kata beliau, kawasan kebakaran terletak kira-kira dua kilometer (km) dari BBP Lawas.

Sementara itu, Azman turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan yang mudah terbakar.

“Bomba mengesan masih terdapat aktiviti pembakaran terbuka di kawasan titik panas.

“Ini sangat berisiko kerana faktor musim panas dan kering yang melanda negara sekarang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan