Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Foto Bernama.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Peguam Diraja UK wakili Najib

ByBernama

PUTRAJAYA, 10 Ogos: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Peguam Diraja dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara bagi mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes jenayah SRC International Sdn Bhd (SRC).
Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof yang mengetuai panel tiga hakim, dalam keputusan sebulat suara membenarkan permohonan empat responden untuk menolak rayuan Laidlaw untuk mewakili bekas perdana menteri itu.

Hakim memutuskan rayuan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam kes SRC adalah bersifat akademik, berikutan Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lepas serta Mac tahun ini telah mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib.

Empat responden itu ialah Jabatan Peguam Negara (AGC), Badan Peguam, Jawatankuasa Badan Peguam Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan.

Keputusan itu disampaikan secara dalam talian menerusi Zoom.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan