Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran melibatkan kapal nelayan di Tanjung Manis. Foto: BBP Tanjung Manis

5 kapal nelayan musnah terbakar di jeti LKIM Tanjung Manis

MUKAH, 10 Ogos: Lima buah kapal pukat tunda musnah dalam satu kebakaran di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Tanjung Manis (LKIM), awal pagi tadi.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira jam 5.15 pagi itu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak melaporkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Tanjung Manis bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 pagi.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati beberapa buah kapal nelayan ikan jenis tunda yang sedang berlabuh berdekatan dengan jeti LKIM Tanjung Manis.

“Sebagai tindakan susulan, bomba bertindak membuat operasi pemadaman menggunakan saluran pam jentera dan sumber air dari pili bomba berdekatan,” menurut kenyataan PGO.

Difahamkan terdapat sebanyak 20 kapal milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) berlabuh di jeti tersebut untuk dibaik pulih.

Bagaimanapun katanya, kebakaran yang hanya melibatkan lima buah kapal itu berjaya dikawal daripada merebak pada jam 5.40 pagi.

Setakat ini, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan