Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bergambar bersama wakil-wakil Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2023 selepas menyampaikan sijil penyertaan. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Pasukan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak wakili Malaysia ke ICQCC 2023 di Beijing

KUCHING, 9 Ogos: Pasukan dari Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak terpilih mewakili Malaysia ke Konvensyen International Convention Quality Control Circle (ICQCC) 2023 di Beijing, China yang akan berlangsung pada 30 Oktober sehingga 2 November ini.

Pengarahnya, Abdullah Julaihi berkata, dua pasukan itu ialah Sassoku Tech dari JTS Kuching dan Kumpulan V-Tech 12 di JTS Serian.

“Semoga pasukan ini meraih kejayaan cemerlang pada konvensyen tersebut dan seterusnya mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Sarawak sempena Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak (HIITS) di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu Abdullah memberitahu, wakil JTS Sarawak turut menyertai Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah tahun ini yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia.

Berkenaan HIITS tahun ini, Abdullah berkata, ia merupakan strategi di peringkat jabatan untuk mempersiapkan 13 pasukan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) bagi mengharungi saringan di peringkat kementerian sebelum ke peringkat akhir, iaitu Sarawak Civil Service Innovation Convention Award (SCSICA).

Pada majlis berkenaan juga, seramai 236 kakitangan termasuk yang akan bersara pada tahun ini dan 2024 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang disampaikan oleh Mohamad Abu Bakar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan