Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja ladang berusia 36 tahun diiringi polis ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi berdepan pertuduhan cubaan membunuh isterinya. Foto: TVS

Pekerja ladang mengaku bersalah bakar isteri

ByTVS

BUTTERWORTH, 9 Ogos: Seorang pekerja ladang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas pertuduhan cubaan membunuh isteri dengan membakar wanita itu pada 31 Julai lalu.

Tertuduh berusia 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda serta dipenjara sehingga 20 tahun jika menyebabkan kecederaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Wan Amira Ruzaini berkata, beliau membantah sekeras-kerasnya tawaran ikat jamin kerana tindakan tertuduh membakar isteri adalah kesalahan sangat serius dan kes itu mendapat liputan media.

Menurutnya mangsa yang masih belum sedarkan diri juga mengalami kecederaan teruk sehingga melecur tahap tiga pada keseluruhan badan.

Hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan tertuduh kemudiannya dihantar ke Penjara Pulau Pinang, Jawi dekat sini.

Kes akan disebut semula pada 11 September depan bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita melecur 27 peratus pada badan selepas dibakar suaminya sebaik disimbah minyak petrol.

Kejadian berlaku ketika pasangan itu bergaduh di rumah mereka di kawasan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor.

Ketika kejadian, anak-anak mereka berusia antara 10 hingga 15 tahun berada di dalam bilik. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan