KUCHING, 8 Ogos: Pihak Borneo Sonic Music Festival (BSMF) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada sebelum membeli tiket konsert agar tidak tertipu dengan ulat tiket.
Terdapat pelbagai program yang bakal dilangsungkan di Sarawak pada masa akan datang seperti BSMF.
Ulat tiket kini mempunyai taktik baharu untuk menipu mangsa iaitu dengan menjual tiket palsu untuk konsert yang dikatakan bakal membuat persembahan.
Justeru itu, masyarakat diingatkan supaya berwaspada dan tidak mudah tertipu dengan penjual tiket yang tidak dikenali.
Sebelum membeli tiket, orang ramai haruslah memastikan membeli tiket dari laman jualan rasmi atau dari pembekal tiket yang sah.
Selain itu, orang ramai diingatkan supaya tidak membayar tunai secara langsung kecuali jika yakin bahawa penjual itu sah.
Susulan itu, orang ramai hendaklah membuat semakan terlebih dahulu di mana-mana laman web penganjur konsert untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Dengan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga ini, masyarakat dapat membantu melindungi diri mereka dari penipuan konsert dan menikmati acara yang diinginkan tanpa khuatir menjadi mangsa ulat tiket. -TVS