Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib. Foto: UKAS.

Kesihatan Tun Taib bertambah baik – Toh Puan Raghad

ByDayu Adruce

KUCHING, 7 Ogos: Keadaan kesihatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kini bertambah baik. 

Menerusi video yang dikongsikan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib di Instagramnya malam tadi, Tun Taib kelihatan beransur pulih. 

Sebelum ini, pelbagai khabar angin yang mengatakan kesihatan Tun Taib semakin merosot. 

Susulan itu, pihak Astana Negeri Sarawak telah mengeluarkan kenyataan menyatakan kesihatan Tun Taib bertambah baik. 

“Bagi pihak Astana, sekali lagi kami ingin memberi jaminan kepada rakyat Sarawak bahawa keadaan Tun Taib semakin pulih,” ujarnya menerusi kenyataan pada minggu lepas.  

Dalam pada itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Tun Taib kini sedang berehat dan akan kembali ke Sarawak dalam tempoh terdekat. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan