Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Mega Perdana sempena Pilihan Raya Negeri di Tapak Pasar Malam Ukay Perdana malam tadi. Foto: Bernama

Kerajaan komited tangani kemiskinan, walaupun perlu cari dana tambahan – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan masalah kemiskinan tegar pada tahun ini, walaupun memerlukan dana tambahan untuk menjayakannya.

Anwar berkata, semua kementerian dan agensi kerajaan serta barisan Menteri Kabinet akan berusaha keras bagi merealisasikan matlamat berkenaan.

“Ingat saya sebagai Perdana Menteri boleh tidur nyenyak dan fikir orang itu (golongan miskin) terabai? Tidak boleh saudara… tidak cukup RM100 juta, RM200 juta, saya tidak peduli. Saya akan cari (dana)… itu janji saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Mega Perdana di Ukay Perdana, dekat sini, malam tadi yang dihadiri oleh lebih 3,000 orang.

Turut hadir pada program tersebut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, calon PH-BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa Kamri Kamaruddin dan calon DUN Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet.

Sementara itu, ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan MADANI di Taman Permata, Hulu Klang dekat sini malam tadi, Anwar berkata, biarpun pihak pembangkang mengutuk atau memperlekehkan usaha kerajaan, namun itu bukan penghalang untuk beliau dan barisan Kabinet mencari penyelesaian kepada masalah rakyat.

“Panggillah, hinalah saya bodoh sekali pun saya tidak peduli… saya akan terus bekerja sebaiknya untuk rakyat dan negara… saya yakin kita boleh.

“Sebab itu juga saya katakan, saya tak mahu bina mercu tanda dan Malaysia hanya terkenal dengan mercu tanda hebat…tetapi saya nak yang pertama selesai adalah masalah rakyat, isu miskin tegar,” kata beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Anwar yang “menggempur” kawasan bekas Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa yang juga calon Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, turut mengajak rakyat di kawasan itu agar  membuat pertimbangan bijak dengan memilih calon PH-BN, Juwairiya Zukifli.

Anwar berkata, rakyat wajar menggunakan kuasa mereka pada PRN ini untuk menghukum pemimpin yang mengkhianat rakyat dan meninggalkan perjuangan kerana mengejar jawatan.

PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu diadakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos ini sementara undi awal 8 Ogos ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan