Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta program Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa 2023 di Dewan Seribu, Nanga Tada, Kanowit. Foto: TVS

Bentuk mahasiswa miliki literasi mengenai perpaduan di Sarawak

ByMadeline Dugat

KANOWIT, 7 Ogos: Program Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa Tahun 2023 mampu menjadi platform pengukuh interaksi sosial dalam mencapai matlamat dan dapat membentuk generasi mahasiswa yang memiliki literasi mengenai perpaduan.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, golongan muda merupakan salah satu ejen kepada perubahan dalam misi membentuk sebuah negara yang berupaya dan berintegrasi, sekali gus membantu kerajaan membentuk negara bangsa yang makmur dan progresif.

“Tujuan program ini diadakan oleh JPNIN supaya anak muda Semenanjung Malaysia dan Sabah dapat melihat keadaan hidup, budaya masyarakat Iban di Kanowit.

“Sudah tentu kita boleh pergi ke merata tempat kawasan Iban ataupun Orang Ulu, Kenyah dan sebagainya. Namun setakat ini kita mula mengadakan di sini dan berharap program yang akan diadakan kemudian boleh diadakan di Asap atau di Bario yang mungkin kawasan yang lebih berlainan daripada apa yang kita ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Program Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa Tahun 2023 di Nanga Tada, Kanowit pada Ahad.

Aaron yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata, kerajaan kini dalam usaha mewujudkan negara yang stabil, makmur, sejahtera dengan mengetepikan perbezaan dan mengamalkan toleransi dalam kemajmukan kaum di negara ini.

“Kita pun sudah ada indeks perpaduan untuk mengukur tahap perpaduan kita dan sudah dua kali kerajaan buat dan kita akan adakan satu lagi kajian indeks perpaduan dalam 2025 untuk kita lihat bagaimana perpaduan yang kita ada di Malaysia ini,” katanya.

Malah, Sarawak kini dilihat menjadi model perpaduan setelah bandar Kuching diiktiraf sebagai bandar perpaduan

“Kalau kita melihat Sarawak selalu disebut sebagai model perpaduan di negara kita dan kita lihat dari segi kehidupan seharian tiada sempadan perbezaan. Apabila tiada jurang perbezaan, semua benda perkara yang kita buat akan menjadi mudah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan Negara, Dato’ Che Roslan Che Daud berkata, menyedari hakikat ini, pelbagai inisiatif dijalankan untuk memupuk dan menyemarak semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa.

“Lantaran itu, dengan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung, mahasiswa berpeluang menuntut, berinteraksi, bertukar pandangan dan pengalaman dan setiap inisiatif yang digabung jalin berupaya mengurangi jurang persepsi dan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya.

Justeru kementerian dan jabatannya sangat mengalu-alukan idea, pandangan, buah fikiran dan penglibatan mahasiswa sebagai kunci bicara perpaduan dalam membantu dan bersama-sama kerajaan untuk membangunkan negara bangsa yang makmur dan bersatu padu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan