Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama Konsulat Jeneral Indonesia Kuching, Raden Sigit Witjaksono, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee serta Naib Canselor UTS, Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid serta tetamu kehormat lain. Foto: TVS

Sarawak perlukan ramai graduan mahir dalam bidang analisis data

ByNazirah Adlina

SIBU, 6 Ogos: Sarawak yang menuju negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 memerlukan lebih ramai graduan yang mempunyai kemahiran dalam bidang analisis data.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat Sarawak perlu bersedia dalam bidang tersebut kerana data merupakan minyak untuk masa depan.

“Data adalah ‘minyak’ untuk masa hadapan. Saya berharap rakyat Sarawak mampu bersedia untuk melihat ke arah minyak ini menerusi penganalisas data yang sedia ada. Oleh itu, kita perlukan ramai penganalisis data,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Konvokesyen ke-7 Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, hari ini.

Abang Johari yang juga merangkap Pro Canselor UTS turut menyampaikan skrol kepada graduan di sesi kedua majlis melibatkan seramai 192 penerima Sarjana Muda.

Seramai 347 graduan dari 20 program pengajian UTS menerima skrol masing-masing di majlis konvokesyen universiti itu.

Menjelas lanjut, katanya, kemahiran untuk membaca kod serta nyahkod data juga penting untuk memastikan ia selamat dan dilindungi.

“Kami juga memerlukan orang yang boleh membaca dan juga melakukan pengekodan dan penyahkodan. Kami mempunyai data tetapi kami perlu tahu bagaimana untuk menterjemah data melalui proses pengekodan dan penyahkodan.

“Tetapi data adalah sesuatu yang berharga dan ia mesti dilindungi. Sepanjang perlindungan ini, kita juga memerlukan keselamatan siber untuk melindungi data statik dan data yang boleh membenarkan kita untuk bergerak ke hadapan,” jelas Abang Johari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan