Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik perasmian bangunan baharu Hikmah Exchange di Kuching, malam tadi. Foto : Fiqri Razak

Hikmah Exchange bangunan pencakar langit ‘pintar’ pertama Sarawak – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 6 Ogos: Hikmah Exchange bernilai lebih RM300 juta kini menjadi bangunan pencakar langit pintar pertama di negeri ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, bangunan pejabat setinggi 22 tingkat itu akan dilengkapi sepenuhnya dengan sistem sentuhan elektronik atau e-switch dan akan menjadi tempat terkemuka untuk pusat pentadbiran kerajaan negeri Sarawak dan juga perniagaan.

“Hikmah Exchange juga akan menjadi perintis sistem digital sepenuhnya pada bangunan moden lain di Sarawak dan ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperluaskan penggunaan teknologi dalam segala urusan,” kata Abang Johari ketika berucap merasmikan bangunan baharu Hikmah Exchange di sini, malam tadi.

Dalam pada itu Abang Johari berkata Hikmah Exchange juga nanti menempatkan stesen bagi perkhidmatan Kuching Autonomous Rail Transit (ART) dan sekali gus akan mengubah landskap di
kawasan Satok ke arah bandar yang moden serta menjadi pusat bandar bagi masyarakat Melayu.

“Ini juga akan disokong oleh masyarakat Cina serta masyarakat Iban bagi merancakkan lagi pembangunan serta ekonomi di sekitar kawasan Satok,” ujar Abang Johari lagi.

Katanya lagi, bangunan tersebut mampu menjadi titik penting dalam usaha untuk mempertahankan hartanah milik masyarakat Melayu di bandar kerana tidak banyak lagi hartanah masyarakat Melayu yang ada akibat hakisan pemilikan berikutan kepesatan pembangunan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Hikmah Exchange merupakan bangunan komersil yang terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Menara Pejabat, Pusat Konvensyen dan juga Ruang Komersil. Menara Pejabat merupakan bangunan setinggi 13 tingkat dengan keluasan lebih kurang 48,982m2 yang dilengkapi dengan kemudahan 10 tingkat tempat letak kereta yang mampu memuatkan 1287 kenderaan dan 12 buah Lift.

Projek pembangunan itu dibangunkan oleh Permodalan Satok Berhad (PSB) yang merupakan anak syarikat milik Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak dengan kerjasama Pemegang Taruh projek iaitu
Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Majlis Islam Sarawak (MIS), LCDA Holdings Sdn. Bhd. dan Faradale Development Sdn. Bhd.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan