Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman Ismail bersama jemputan lain menyaksikan acara pada Malam Baiuh. Foto: TVS.

RM6 juta diluluskan bina bangunan Persatuan Kedayan Limbang – Dr Abdul Rahman

LIMBANG, 5 Ogos: Tapak untuk membina bangunan Persatuan Kedayan Limbang (PKL) sudah dikenal pasti seluas empat ekar berhampiran Stadium Tertutup Limbang.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan peruntukan hampir RM6 juta bagi pembinaan bangunan di tapak baharu tersebut.

Masyarakat Limbang ketika menghadiri Malam Baiuh di Dewan Pabahanan malam tadi. Foto: TVS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, tapak lama yang dipersetujui sebelum ini berhampiran Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang tidak sesuai kerana berbukit dan risiko tanah runtuh.

“Alhamdulillah, Ketua Menteri ketika itu meluluskan permohonan sebanyak RM5.9 juta, untuk bangunan tersebut dan tanah pun diberi dan kita suruh arkitek buat reka bentuk dan sebagainya, namun kawasan awal itu terletak di lereng bukit dan berbukit-bukit,” katanya pada Malam Ba’iuh Majlis Makan Tahun Perdana (MTP), PKL 2023 di Dewan Kampung Pabahan malam tadi.

Jelas lagi, disebabkan tapak lama yang dipersetujui sebelum ini berbukit dan terletak di lereng bukit, PKL terpaksa mencari tapak baharu di kawasan Stadium Tertutup Limbang seluas empat ekar.

“Bangunan baharu yang amat dinanti masyarakat Kedayan di utara negeri ini akan memberi kemudahan bukan saja kepada masyarakat Kedayan itu sendiri, malah masyarakat pelbagai kaum dan agensi kerajaan lain,” ujarnya.

Beliau berkata, selain menempatkan pejabat untuk PKL menjalankan aktiviti, bangunan baharu itu nanti juga akan turut dilengkapi dewan serba guna untuk kemudahan aktiviti perkahwinan, selain premis perniagaan lain.

Dalam pada itu, katanya Bahagian Limbang akan dilengkapi dengan kemudahan rangkaian jalan perhubungan yang lengkap menjelang 2030.

Ia termasuk Projek Lebuhraya Trans Borneo, Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) serta jalan raya pesisir utara.

“Kemudahan rangkaian jalan raya ini amat penting untuk menghubungkan Lawas, Limbang terus ke Miri tanpa melalui negara Brunei, ataupun menggunakan jalan di negara jiran ke Miri mahupun Lawas,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman juga mahu masyarakat Limbang agar lebih proaktif untuk menonjolkan keistimewaan Limbang dari segi tempat menarik, makanan tersendiri dan sebagainya dalam usaha menarik pengunjung ke daerah berkenaan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan