Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalan Sultan Tengah ke Santubong yang akan dilebarkan untuk laluan ART. Foto: TVS

Jalan Sultan Tengah dilebar untuk laluan ART

KUCHING, 5 Ogos: Jalan Sultan Tengah menuju Pantai Damai dekat sini akan dilebarkan kepada tiga lorong jalan raya berkembar, termasuk laluan untuk gerabak Transit Aliran Autonomi (ART).

Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, kerja-kerja menaik taraf jalan sepanjang 10 kilometer (km) itu dibahagikan kepada tiga fasa bermula tahun depan.

“Baru-baru ini Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan bahawa Jalan Sultan Tengah bermula dari bulatan MARDI, Yayasan Sarawak akan diperbesarkan kepada enam laluan. Satu untuk kenderaan, satu untuk ART dan satu lagi untuk basikal.

“Jadi ini satu-satunya jalan pertama di Sarawak yang lengkap dengan kemudahan awam sepenuhnya, dan mengikut piawaian antarabangsa,” katanya pada sidang media Program Bersama Komuniti (Berambeh di Santubong) hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memberitahu keseluruhan kos projek menghampiri RM1 bilion dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak.

Tambahnya, sebuah jambatan baharu akan dibina untuk laluan ART tersebut bersebelahan dengan jambatan Santubong sedia ada.

“Setakat ini disebut hampir RM1 bilion (kos) untuk membina jalan-jalan tersebut kerana kita akan bina satu jambatan baharu jadi ia terbahagi kepada tiga fasa.

“Fasa pertama melibatkan bulatan MARDI sehingga jambatan Santubong, fasa kedua (pembinaan) jambatan Santubong baharu dan fasa ketiga daripada jambatan sampai lah ke Damai melalui jalan utama yang ada di depan Kampung Santubong,” jelasnya.

Dengan adanya perkhidmatan ART menerusi laluan hijau dari Pending ke Damai Sentral ini, ia akan memudahkan pergerakan warga Kuching ke Damai dan Santubong yang cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan,” ujarnya.

Untuk rekod, perkhidmatan penumpang untuk ART dijadualkan akan diperkenalkan secara berperingkat, bermula suku keempat tahun 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan