Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk daerah Agandugume dan Lambewi, Kabupaten Puncak, Papua Tengah, Indonesia ketika menerima bantuan untuk mengatasi bencana kekeringan dan cuaca ekstrem yang melanda kawasan itu. Foto: BNPB

6 maut akibat kemarau di Papua

ByTVS

JAKARTA, 5 Ogos: Kemarau melanda daerah Agandugume dan Lambewi, Kabupaten Puncak, Papua Tengah, Indonesia, menyebabkan seramai enam orang maut akibat kekeringan dan cuaca ekstrem yang melanda kawasan itu.

Bencana kemarau di kedua-dua daerah itu berpunca daripada fenomena tahunan yang menyebabkan kekeringan pada suhu rendah cetuskan cuaca sejuk melampau.

Bantuan logistik dihantar oleh BNPB untuk sekurang-kurangnya 7,500 orang di dua daerah yang terjejas dan mengalami kelaparan. Foto: BNPB

Akibatnya, tanaman ladang yang menjadi sumber makanan rakyat rosak dan tidak dapat tumbuh pada pertengahan musim kemarau yang menyebabkan rakyat kelaparan, malah menyebabkan kematian.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Suharyanto berkata, pihaknya kini telah menghantar bantuan bagi menangani bencana yang berlaku di situ.

“Ada dua daerah yang agak teruk terjejas di situ, tetapi kami sudah menghantar bantuan logistik walaupun hanya boleh melalui udara, jadi kami terus membekalkan barangan runcit dan keperluan lain setiap hari,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 7,500 orang yang terjejas dan mengalami kelaparan.

Atas sebab itu, pihaknya juga akan meneruskan tempoh respons kecemasan bencana selama sebulan agar pengendalian dapat dimaksimumkan dan tiada mangsa lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan