Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang bergambar bersama pihak penganjur dan juri AIFFA yang hadir pada sidang media. Foto: TVS.

Malaysia raih enam anugerah pada Malam Gala AIFFA 2023

ByFebbright James

KUCHING, 5 Ogos: Malaysia meraih pencapaian membanggakan apabila memenangi enam anugerah pada Malam Gala Festival Filem Antarabangsa ASEAN yang berlangsung di Hotel Pullman Kuching malam tadi.

Malaysia turut meraih empat kategori utama AIFFA 2023 iaitu menerusi kategori Pelakon Terbaik, Filem Terbaik dan dua anugerah khas iaitu Asean Spirit Awards dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Barbarian Invasion arahan Tan Chui Mui turut melakar kejayaan memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik.

Datuk Tamimi Siregar dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik Lelaki menerusi filem Perjalanan Pertama yang merupakan filem hasil kerjasama antara Malaysia dan Indonesia.

Pelakon Hasnul Rahmat pula menang dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki terbaik menerusi Jerangkung Dalam Almari.

Untuk anugerah khas, Duan Nago Bogho arahan Sabri Yunus pula dianugerahkan ASEAN Spirit Awards dan U-Wei Saari mendapat penghargaan dalam Anugerah Sepanjang Hayat.

Pemenang lain ialah:

Anugerah Khas Juri 1: Before, Now & Then (Indonesia)

Anugerah Khas Juri 2: Fathers (Cambodia)

Suntingan Filem Terbaik: Faces of Anne (Thailand)

Pengarah Sinematografi Terbaik: Roy Lolang “The Woman Crowned With A Crescent Moon (Indonesia)

Pelakon Pembantu Terbaik Wanita: Kim B Ngo – The Briliant Darkness (Vietnam)

Pelakon Wanita Terbaik: Max Eigenmann – Kargo (Filipina)

Pengarah Terbaik: Carlo Obispo – The Baseball Player (Filipina)

Anugerah Semangat Ikon ASEAN: Philip Cheah

Anugerah Inspirasi ASEAN: Rain – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan