Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: TVS

Hidupkan Borneo Samariang Water Park, tanggungjawab pemaju projek – Abdul Karim

KUCHING, 3 Ogos: Inisiatif menghidupkan semula taman tema air, Borneo Samariang Water Park di sini yang telah berhenti beroperasi sejak tiga tahun lalu merupakan tanggungjawab pihak pemaju projek berkenaan, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Tegas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu lagi projek berkenaan dibangunkan menerusi inisiatif swasta di atas tanah persendirian.

Borneo Samariang Resort: Kerajaan akan berhubung dengan pihak pemaju | TVS

“Projek tersebut adalah inisiatif pihak swasta jadi kita lihat situasi.. Kalau kerajaan nak kena selamatkan setiap kali, kerajaan pun boleh bankrap.

“Untuk projek swasta, ia adalah tanggungjawab mereka untuk siapkan kerja-kerja tersebut. Tetapi kita mahu tahu apa permasalahan yang dihadapi mereka sehingga menyebabkan projek tersebut terbengkalai,” katanya pada sidang media di sini, pada Khamis ketika disoal pemberita sama ada kerajaan akan campur tangan dalam projek swasta itu.

Namun begitu, beliau mendedahkan pihaknya bakal menghubungi pihak pemaju Sentoria Group Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung status pengoperasian taman tema tersebut.

Untuk rekod perancangan asal pembinaan Borneo Samariang Resort City di kawasan seluas 500 ekar itu direka untuk riadah dan kehidupan pinggir bandar raya Kuching, dilengkapi taman tema air selain bilik penginapan lebih 2,000 kapasiti.

Taman tema air tersebut pernah beroperasi pada tahun 2018 namun terpaksa ditutup pada Mac 2020 ketika kemuncak pandemik COVID-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan