Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BBP Lawas bertungkus lumus memadam kebakaran belukar. Foto: BBP Lawas

Hampir 2 jam untuk Bomba padam kebakaran belukar di Lawas

LAWAS, 3 Ogos: Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Lawas mengerah tenaga anggotanya sekitar dua jam bagi memadam kebakaran belukar seluas lima ekar di Kampung Bukit Batu, Trusan, pada Rabu.

Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim berkata lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 39 kilometer (km) sejurus pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 2.03 petang semalam.

“BBP Lawas menerima satu kes kebakaran belukar di Kampung Bukit Batu Trusan petang semalam lebih kurang jam 2 petang, setibanya di tempat kejadian pihak bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu salur bantu mula dan satu aliran 200 kaki satu pancutan, sumber air daripada kenderaan jenis Prime Mover dan jentera jenis Light Fire Rescue Tender (LFRT).

“Keluasan kebakaran dianggarkan sekitar lima ekar dan lapan anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran tersebut,” katanya mengesahkan kepada TVS hari ini.

Beliau dalam pada itu menasihati masyarakat agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Katanya, pembakaran secara terbuka boleh mengakibatkan pencemaran udara selain menjejaskan kualiti alam sekitar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan