Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Foto fail: TVS

Tun Taib beransur pulih, akan kembali ke Sarawak dalam tempoh terdekat – Astana

BySaibi Gi

KUCHING, 3 Ogos: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud beransur pulih dan berpandukan nasihat doktor, dijangka kembali ke Sarawak tidak lama lagi.

Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Junih Salleh Ahmad berkata pihak Astana berharap rakyat bersabar dan tidak mudah terpedaya dengan berita dan spekulasi yang tidak dapat dipastikan mengenai kesihatan Tun Taib.

“Bagi pihak Astana, sekali lagi kami ingin memberi jaminan kepada rakyat Sarawak bahawa keadaan Tun semakin pulih dan insya-Allah, dengan nasihat doktor beliau, beliau akan pulang tidak lama lagi,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Tun Abdul Taib dalam keadaan sihat – Astana Negeri Sarawak

Menurutnya, pihak Astana sedia maklum mengenai orang ramai yang mengutarakan tentang kesihatan Tun Taib.

“Terdapat jaminan daripada kedua-dua pihak Astana dan Kerajaan Sarawak bahawa beliau (Tun Taib) kini sedang menjalani pemulihan di luar negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan