Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain selepas sidang media perarakan jalanan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Bangunan Baitulmakmur Kuching, hari ini. Foto: TVS

60 kontinjen sertai Kuching Street Parade Sabtu ini – Sebastian

KUCHING, 2 Ogos: Perarakan Kuching Street Parade pada Sabtu ini bakal dimeriahkan oleh 60 kontinjen terdiri daripada 2,000 peserta, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting.

Perarakan jalanan sejauh 2.5 kilometer (km) itu menurut beliau akan bermula dari Pusat Komersial Travillion, Padungan ke Bangunan Pejabat Pos Besar di Jalan Tun Haji Openg.

“Perarakan ini merupakan salah satu daripada perarakan bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka,” katanya merangkap menteri bertanggungjawab acara berkenaan di Bangunan Baitulmakmur Kuching di sini, pada Rabu.

Sebastian menambah barisan kantinjen terdiri daripada agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kumpulan etnik tempatan dan pelbagai pihak berkaitan terlibat.

“Tema perarakan ini ialah ‘Sarawak Maju Makmur’,” ujarnya sambil mendedahkan perarakan seterusnya akan diadakan di dua lagi bandar utama di negeri ini iaitu Sibu (12 Ogos) dan Miri (19 Ogos).

Sebastian mendedahkan perarakan kali ini merupakan program anjuran bersama Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak, Jabatan Premier Sarawak dan lima majlis iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Sibu, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Kemuncak acara kata Sebastian menyaksikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyertai ketiga-tiga perarakan nanti manakala ‘flag-off’  perarakan bakal dilakukan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir Setiausaha Tetap bagi Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Elizabeth Loh serta Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Protokol dan Pengurusan Acara Sarawak, Awang Ikman Sepian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan