Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah Pejabat Pelabuhan Onahama, Nitta Kunihiko semasa lawatan kerjanya ke Onahama, Jepun. Foto: MIPD Sarawak.

Sarawak dan Jepun kongsi maklumat tatacara pengurusan pelabuhan

ByAmirah Shawel

TOKYO, 2 Ogos: Sarawak dan Jepun kini menjalin kerjasama perkongsian maklumat berhubung tatacara pengurusan pelabuhan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang kini dalam lawatan kerja ke Jepun berkata kerjasama itu adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pelabuhan terutama di Pelabuhan Samalaju, Bintulu.

Perbincangan dua hala turut diadakan bersama pemain industri pelabuhan Jepun dan pelabur Pelabuhan Samalaju bagi membincangkan prosedur pengurusan dan sistem pengoperasian pelabuhan di Sarawak dan Jepun.

Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan bersama delegasinya menerima perkongsian maklumat daripada wakil pengoperasi pelabuhan-pelabuhan Onahama iaitu Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelabuhan Jepun serta OHBT Corporation Japan.

Perbincangan itu menyentuh berkenaan operasi pelabuhan, teknologi baharu serta model perniagaan antara sektor swasta dan sektor awam khususnya di Wilayah Fukushima.

Turut serta dalam lawatan itu dua timbalannya, Datuk Majang Renggi dan Aidel Lariwoo, Setiausaha Tetap Kementerian Chiew Chee Yaw dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) Lester Matthew. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan