Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa hilang, Nyipa Ajong. Foto BBP Kapit.

Warga emas hilang selepas cari katak dalam hutan di Kapit

KAPIT, 1 Ogos: Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas keluar mencari katak di dalam hutan di Sungai Banyau, Nanga Sebala Mujong di sini, pada Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Nyipa Ajong, 68, dipercayai masuk ke hutan berkenaan bersama seorang rakan pada 29 Julai lalu dan dilaporkan hilang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Timoty Barat berkata, pihaknya menerima laporan daripada Balai Polis Kapit pada jam 10.32 pagi hari kejadian.

Menurutnya sepasukan empat anggota bomba bersama pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) telah berkumpul di Balai Polis Kapit sebelum bertolak ke lokasi kejadian pada am 9.30 pagi hari ini.

“Berdasarkan maklumat pengadu, mangsa dikhuatiri hilang ketika dalam perjalanan pulang selepas mencari katak di hutan berkenaan pagi Isnin.

“Ketika pengadu bersama mangsa berangkat bertolak balik, pengadu berjalan di hadapan manakala mangsa berjalan di belakang dan selang beberapa minit pengadu menoleh ke belakang mendapati mangsa tiada di belakangnya,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Timoty berkata, usaha pengadu mencari mangsa di sekitar kawasan berdekatan gagal sebelum pengadu balik ke rumah panjang mereka melalui jalan darat dan sungai yang mengambil masa tiga jam untuk sampai.

“Sehingga kini, pasukan SAR masih menjalankan operasi pencarian bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang,” tambah beliau. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan