Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing mengadakan lawatan ke tapak projek RTP yang diluluskan di kawasan Meradong bersama agensi pelaksana pada hari ini. Foto: TVS.

Lebih RM300,000 naik taraf sekolah, jalan raya dan perparitan di Meradong

BINTANGOR, 1 Ogos: Lebih RM300,000 peruntukan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) diluluskan untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kerja menaik taraf itu melibatkan prasarana seperti sekolah, jalan raya dan sistem perparitan di sini.

“Pertama, kerja meratakan tapak tanah perkarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Chiang dengan kos RM100,000.

“Projek ini menyelesaikan masalah kawasan sekolah yang kerap dinaiki air ketika hujan lebat atau air pasang besar.

“Kedua, cadangan projek naik taraf Jalan Fu Ching yang meliputi Jalan Paku yang bernilai RM50,000 dan mungkin akan meningkat hingga RM100,000 jika Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) merasakan kosnya tidak mencukupi,” katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak projek RTP yang diluluskan di kawasan Meradong bersama agensi pelaksana hari ini.

Beliau menambah turut dicadangkan ialah naik taraf jambatan kayu yang menghubungkan jalan ladang untuk kegunaan penduduk di lima buah rumah panjang di kawasan Sungai Raya yang melibatkan kos RM100,000.

Selain itu, katanya cadangan naik taraf sistem perparitan Rumah Nyandang, Ulu Stras bernilai RM55,000 turut diluluskan.

“Saya akan terus membantu penduduk Meradong untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan asas untuk meningkatkan taraf hidup mereka,” ujarnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan