Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Senja Nan Sepi di Pusat Bandaraya Kuching..

KEADAAN hiruk-pikuk yang biasanya dirasai di sekitar Pusat Bandaraya Kuching kini seolah-olah hanya tinggal kenangan apabila menjadi sunyi-sepi tanpa satu pun kelibat manusia.

Warga Kuching nampaknya amatlah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 29 Mei di seluruh Sarawak hingga 14 Jun sebagai langkah membendung gejala Covid-19.

Hari ini, telah diumumkan tempoh PKP yang akan dilanjutkan sehingga 28 Jun ini.

Tinjauan TVS antara jam 5 hingga 6 petang petang pada Jumaat mendapati tiada sebuah pun kenderaan di atas jalanraya di kawasan tersebut.

Sunyi senja PUsat Bandaraya Kuching yang dirakam jurukamera TVS Mohamad Fiqri Razak

Mungkin jika ada sesiapa yang tidak percaya dengan hanya melihat gambar diambil oleh jurukamera kami Mohamad Fiqri Razak, mungkin boleh cuba baring di atas jalanraya!

Kebarangkalian anda dilanggar kenderaan mungkin sangat rendah!

Kebiasannya kawasan ini sibuk dengan bunyi kenderaan  yang lalu-lalang ketika masing-masing pulang dari kerja.

Projek pembangunan juga nampaknya tergendala apabila tiada seorang pun pekerja tapak pembinaan kelihatan.

Dari gambar-gambar ini, anda mungkin seolah-olah boleh “mendengar kebisuan” dan kesuraman kawasan tersebut tanpa sebarang bunyi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan