Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muzium Budaya Borneo
Borneo Cultures Museum (BCM) catat lebih 700 ribu pengunjung sejak pembukaannya pada Mac 2023. Foto: Bernama

Lebih 700 000 pengunjung lawat BCM sejak pembukaannya

BySalasiah Safian

KUCHING, 31 Julai: Lebih 700,000 pengunjung direkodkan melawat Borneo Cultures Museum (BCM) sejak dibuka pada Mac 2022, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, sambutan memberangsangkan itu menunjukkan minat orang ramai terhadap muzium semakin meningkat.

Kata beliau, ia merupakan perkembangan positif kerana sebelum ini jumlah pengunjung yang melawat muzium di Sarawak tidak begitu ramai.

“Saya selaku menteri bertanggungjawab cukup gembira kerana apabila tapak atau tempat (di Sarawak berjaya menarik) ramai pengunjung luar dan dalam negeri, ini akan meninggalkan impak yang baik,” katanya.

Kerajaan Sarawak rancang buka lebih banyak galeri sejarah – Abang Johari

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu mengenai sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2023 edisi ke-27 pula, Abdul Karim berkata, ia merupakan tanda penghargaan kepada muzium di atas peranan yang dimainkan dalam pengurusan khazanah dan warisan.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak melihat sambutan HMA sebagai perkara positif dalam kalendar pelancongan tahunan.

“Kita akan bekerja keras bagi menjadikan sambutan ini meriah dan seterusnya memberikan impak positif kepada komuniti muzium dan pengunjung,” katanya.

Sambutan HMA 2023 dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) bersama-sama Jabatan Muzium Sarawak (JMS) bermula pada 31 Julai hingga 5 Ogos 2023 di BCM dengan tema ‘Muzium, Kemampanan dan Kesejahteraan”.

Kata Abdul Karim, penganjur menjangkakan lebih 50,000 pengunjung akan hadir termasuk murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi, pelancong antarabangsa dan domestik serta komuniti setempat.

Antara program yang menjadi tumpuan termasuk pameran di 34 tapak yang disertai oleh muzium seluruh Malaysia serta satu dari Indonesia.

Selain itu, terdapat juga jualan Sarawak Heritage Kitchen, persembahan kebudayaan, bengkel, seminar, forum dan banyak lagi aktiviti unik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan